the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gempa bumi Jepun: Latihan pemindahan membuahkan hasil – Penduduk daerah Suzu

SUZU (Jepun): Penduduk di sebuah daerah di Semenanjung Noto Jepun berjaya berpindah dengan selamat ketika tsunami melanda daerah itu pada 1 Jan lepas sekali gus membuktikan latihan pemindahan yang dijalankan sejak bertahun-tahun membuahkan hasil.

“Ia bukan satu keajaiban. Latihan itu telah berjaya membuahkan hasil,“ kata seorang penduduk daerah Jikeshimode Misaki di Suzu, dekat dengan wilayah Ishikawa.

Daerah itu mempunyai seramai kira-kira 90 penduduk yang kebanyakannya terdiri warga emas, menurut Jiji Press.

Walaupun banyak rumah runtuh namun semua penduduk berjaya berpindah ke kawasan lebih selamat dalam tempoh kira-kira lima minit.

Ombak tsunami mula melanda daerah itu sejurus selepas gegaran berukuran 7.6 pada skala Richter melanda sekitar pukul 4.10 petang.

Penduduk di kawasan berkenaan menjalani latihan sebanyak sekali atau dua kali setahun selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut Jepun pada Mac 2011.

Dalam setiap latihan masa yang diambil untuk berpindah ke kawasan selamat direkodkan.

“Ketika gempa berlaku, meskipun saya panik dan tidak dapat berfikir dengan tenang tetapi tahu ke mana saya perlu pergi,“ kata Toshitaka Okuhama, 68.

Seorang wanita berusia 53 tahun berkata ombak tsunami datang dengan pantas dan tidak tahulah apa nasib kami jika tidak bertindak dengan cepat.

“Semua orang mungkin mati jika latihan tidak dijalankan secara berkala,” katanya.–Bernama-Jiji Press

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings