the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Op HRA 2024: JPJ Kelantan kesan dua pemandu bas guna dadah

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengesan dua pemandu bas ekspres terlibat dengan dadah jenis methamphetamine sejak Op Hari Raya Aidilfitri 2024 dilancarkan pada 1 April lepas.

Pengarah JPJ Kelantan Mohd Misuari Abdullah berkata kedua-dua pemandu bas berumur 40-an itu ditahan selepas ujian saringan air kencing mereka disahkan positif dadah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Terminal Bas Lembah Sireh di sini pada 4 April lepas.

Beliau berkata ketika ditahan, kedua-dua pemandu daripada dua syarikat bas itu dijadualkan membawa penumpang untuk perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan JPJ mendapati pemandu terbabit sebelum itu sudah memandu bas dari depot bas syarikat ke terminal bas di Lembah Sireh disyaki dalam pengaruh dadah.

“Sebaik dikesan positif, pihak syarikat diarahkan agar mencari pemandu gantian bagi kedua-dua pemandu itu supaya perjalanan membawa penumpang dapat diteruskan dengan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Penutup Operasi Penguatkuasaan Perayaan Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2024 di sini malam ini.

Mohd Misuari berkata JPJ Kelantan akan terus bekerjasama dengan AADK termasuk melakukan operasi pada setiap musim perayaan bagi mengesan pemandu bas yang menggunakan dadah.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai Op HRA 2024 yang dijalankan mulai 1 hingga 17 April lepas, sebanyak 17,017 notis dikeluarkan termasuk saman (9,122), notis arah periksa (233), Notis Temusiasat (6,833), Notis Sita (412) dan Notis Arah Timbang (lapan).

Selain itu, Mohd Misuari berkata penggunaan dron telah membantu meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan pengguna mematuhi arahan dan undang-undang jalan raya, sekali gus mencapai matlamat mengurangkan kadar kemalangan sebanyak 50 peratus menjelang 2030.

“Pengoperasian dron pada Op HRA 2024 telah berjaya merakamkan kesalahan seperti memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, tidak patuh isyarat lalu lintas lampu merah dan memotong barisan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings