the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang

JASIN: Seorang pemandu teksi dicekik dan dipukul sehingga tidak sedarkan diri, selepas disamun sekumpulan empat individu termasuk seorang wanita yang menyamar sebagai penumpang di sebuah kebun kelapa sawit, di Jalan Parit Keliling di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank selain wang tunai RM300, telefon bimbit dan kunci rumah.

Beliau berkata mangsa yang telah bekerja sebagai pemandu teksi sejak 2010 itu, pada mulanya mengambil empat individu berkenaan di Terminal Bas Tampin di Alor Gajah kira-kira 2 petang semalam dan diminta membawa mereka ke Jasin.

“Setelah sampai di Jalan Parit Keliling menghala ke Rim, salah seorang lelaki berkenaan memintanya memberhentikan teksi yang dipandu dalam kebun kelapa sawit tersebut dan terus mencekik leher dan memukul mangsa sehingga tidak sedarkan diri.

“Setelah sedar, mangsa berada dalam keadaan berdarah selain lebam pada bahagian muka, mata kiri, bibir dan peha kaki kiri bengkak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Jamil berkata susulan kejadian itu, polis berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia 26 hingga 39 tahun, bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian samun melibatkan pemandu teksi tersebut.

Beliau berkata kesemua suspek terdiri daripada penjual tisu, pekerja am dan penganggur itu, ditahan di sebuah hotel di Bukit Baru di sini kira-kira 6.30 semalam dan teksi milik mangsa turut ditemukan berhampiran hotel tersebut.

Ahmad Jamil berkata siasatan awal mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau melibatkan jenayah dan narkotik, dan mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

JASIN, 18 April (Bernama) — Seorang pemandu teksi dicekik dan dipukul sehingga tidak sedarkan diri, selepas disamun sekumpulan empat individu termasuk seorang wanita yang menyamar sebagai penumpang di sebuah kebun kelapa sawit, di Jalan Parit Keliling di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank selain wang tunai RM300, telefon bimbit dan kunci rumah.

Beliau berkata mangsa yang telah bekerja sebagai pemandu teksi sejak 2010 itu, pada mulanya mengambil empat individu berkenaan di Terminal Bas Tampin di Alor Gajah kira-kira 2 petang semalam dan diminta membawa mereka ke Jasin.

“Setelah sampai di Jalan Parit Keliling menghala ke Rim, salah seorang lelaki berkenaan memintanya memberhentikan teksi yang dipandu dalam kebun kelapa sawit tersebut dan terus mencekik leher dan memukul mangsa sehingga tidak sedarkan diri.

“Setelah sedar, mangsa berada dalam keadaan berdarah selain lebam pada bahagian muka, mata kiri, bibir dan peha kaki kiri bengkak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Jamil berkata susulan kejadian itu, polis berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia 26 hingga 39 tahun, bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian samun melibatkan pemandu teksi tersebut.

Beliau berkata kesemua suspek terdiri daripada penjual tisu, pekerja am dan penganggur itu, ditahan di sebuah hotel di Bukit Baru di sini kira-kira 6.30 semalam dan teksi milik mangsa turut ditemukan berhampiran hotel tersebut.

Ahmad Jamil berkata siasatan awal mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau melibatkan jenayah dan narkotik, dan mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology secures transformational US$2.5 billion five-year AI GPUaaS compute contract

Gorilla Technology Group (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla"), a global provider of AI-driven infrastructure, security intelligence and data solutions, today announced that it has signed a five-year AI compute infrastructure contract with a high investment-grade global technology customer for deployment at the NeutraDC Batam data centre in Indonesia.

Founders Metals Hits 53.1 m of 1.21 g/t Au from Surface in New Zone...

(TSXV: FDR) (OTCQX: FDMIF) (FSE: 9DL0) ("Founders" or the "Company") announces drill results from the Upper Antino target area at the Antino Gold Project ("Antino" or the "Project") in southeastern Suriname.

Vondrousova insists she never doped after four-year ban

Former Wimbledon champion Marketa Vondrousova maintains she has never used performance-enhancing drugs after receiving a four-year ban for failing to comply with an anti-doping test.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings