the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC ambil keterangan CheguBard, Salim Iskandar dan Papagomo

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam percakapan tiga pemilik akaun media sosial bagi membantu siasatan satu kes yang dipercayai melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan rakaman percakapan Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard dan Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dibuat di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor.

Menurut MCMC, rakaman percakapan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo pula dilakukan di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur.

“Penyebaran kandungan tidak benar dengan niat mengganggu pihak lain melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut,” menurut kenyataan itu.

MCMC turut memaklumkan pegawai penyiasat telah menyita telefon bimbit milik ketiga-tiga individu terbabit yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sehubungan dengan itu, MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings