the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hamidin yakin 20 hingga 29 atlet mampu beraksi di Olimpik Paris

KUALA LUMPUR: Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin yakin sekurang-kurangya 20 atlet mampu layak ke temasya terbesar dunia itu yang dijadual berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Beliau berkata jumlah maksimum boleh mencecah 29 atlet termasuk kelayakan secara merit, tempat kesejagatan (wild card) dan kuota yang tidak digunakan selepas beberapa nama besar gagal melayakkan diri.

“Antara sukan yang masih dalam proses kelayakan adalah renang, angkat berat, badminton, golf, gimnastik artistik, memanah, olahraga, ping pong, taekwondo dan bola sepak bawah 23 (B-23) lelaki,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pengurus pasukan di Wisma OCM di sini hari ini.

Namun, beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui bahawa berdasarkan prestasi, bola sepak tiada dalam jangkaan untuk melayakkan diri apabila hanya tiga pasukan terbaik pada Piala Asia B-23 di Qatar dari 15 April hingga 3 Mei ini akan meraih tiket ke Paris.

Setakat ini, lima atlet – Bertrand Rhodict Lises (terjun), Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran), Johnathan Wong (menembak), Ariana Nur Dania Mohd Zairi (memanah) dan Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya) – telah mengesahkan slot ke Olimpik.

Sementara itu, Hamidin berkata bukan semua pengurus pasukan dapat ke Olimpik kali ini kerana kuota pegawai terhad berikutan jumlah atlet yang kecil dan syarat keselamatan ketat.

“Ada sesetengah daripada pengurus pasukan yang bekerja dari jauh atau dari Malaysia. Saya harap mereka memberi kerjasama penuh dan sama-sama memantau perkembangan atlet mereka dari Malaysia.

“Lebih ramai atlet yang layak, lebih besar jumlah pegawai boleh kita hantar bagi membantu melicinkan proses perjalanan, persiapan, logistik, sistem sokongan sains sukan dan perubatan,” katanya.

Beliau turut menasihati atlet untuk sentiasa menjaga kesihatan dan kekal hidrasi, kerana cuaca pada musim panas di Paris dijangka paling panas sejak beberapa tahun, yang mungkin mencecah 43 darjah Celsius, dengan suhu purata dianggarkan 37 darjah Celsius. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings