the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu lori didakwa memandu berbahaya, sebabkan kematian tiga tentera

GURUN: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya dan menyebabkan kematian tiga anggota tentera pada 2 Feb lepas.

Muhammad Huzaifah Azhari, 31, didakwa memandu sebuah lori dalam keadaan berbahaya sehingga menyebabkan kematian Lans Koperal Mohd Hafiz Haris, 30, Sarjan Rozali Abdull Rani, 39, dan Koperal Mohd Asri Idris, 40, di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Gurun kira-kira pukul 10.30 pagi pada tarikh berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda hingga RM20,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Natasha Azmi mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Ummi Kalthum Zakaria merayu jaminan minimum diberikan dengan alasan anak guamnya menanggung seorang isteri serta dua anak yang masih kecil.

Majistret Anis Suraya Ahmad kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta lesen memandunya digantung dan menetapkan 6 Mac sebagai sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan tiga anggota tentera dari Batalion 3 Rejimen Sempadan Kem Pengkalan Hulu, Perak maut dalam nahas membabitkan empat kenderaan termasuk tiga trak tentera di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Gurun. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings