the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua suspek disyaki keldai akaun ditahan babit kes penipuan RM46,953

BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berbeza sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian RM46,953 dalam kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata wanita dan lelaki masing-masing berumur 23 tahun itu ditahan di Padang Serai dan Sungai Petani, Kedah pada Selasa lepas bagi membantu siasatan dua kes penipuan terbabit.

“Berdasarkan siasatan, wanita yang ditahan itu dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mangsa dalam urusan tawaran kerja sambilan tidak wujud membabitkan seorang pelajar wanita berusia 22 tahun.

“Pelajar itu berminat untuk membuat kerja sambilan secara dalam talian dan telah menekan pautan yang diberikan sebelum membuat 20 transaksi ke dalam akaun bank membabitkan keseluruhan sebanyak RM31,483, namun tidak mendapat sebarang komisen,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati suspek wanita itu telah menyerahkan kad bank miliknya kepada individu yang dikenali secara dalam talian untuk tujuan pinjaman wang pada Jun 2022.

Kamarul Rizal berkata suspek lelaki itu pula disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mangsa dalam urusan pelaburan tidak wujud melalui dalam talian melibatkan mangsa seorang juruteknik lelaki berusia 25 tahun.

Beliau berkata mangsa telah membuat beberapa transaksi ke dalam akaun bank dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM15,470 sebagai pelaburan untuk mendapatkan keuntungan sebelum menyedari diri telah ditipu dan membuat laporan polis di Balik Pulau.

“Hasil siasatan mendapati suspek telah menyerahkan kad bank miliknya kepada individu yang dikenali melalui dalam talian untuk tujuan sewaan akaun bank sejak awal September tahun lepas. Kedua-kedua suspek direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu,“ katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menahan 19 lelaki termasuk seorang warga emas yang kesemuanya berumur 24 hingga 62 tahun kerana terlibat dengan kes memiliki dan positif dadah, pada Selasa.

Kamarul Rizal berkata kesemua mereka ditahan di beberapa lokasi di sekitar negeri itu dan pihak polis turut merampas sejumlah syabu dan heroin daripada tiga lelaki berkenaan yang dipercayai turut menjalankan kegiatan mengedar dadah.

“Ujian air kencing mendapati 19 orang itu positif pelbagai jenis dadah, seorang daripada mereka yang ditahan merupakan suspek dikehendaki polis bersabit kes dadah dan mempunyai 12 rekod lampau berkaitan narkotik serta jenayah,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings