the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Hari Raya

KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor telah mengenai pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai menjadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang sambutan Aidilfitri.

Pengarahnya Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad berkata kawasan di utara Selangor, khususnya di sekitar kawasan industri perikanan merupakan antara lokasi tumpuan laluan masuk dan keluar secara haram disebabkan kedudukan geografinya yang terbuka dan hampir dengan perairan sempadan.

Beliau berkata risikan awal mendapati cubaan untuk keluar secara haram melalui lokasi berkenaan telah dikesan berlaku sejak awal Ramadan lagi.

Katanya bagi menangani pergerakan keluar masuk itu, APMM Selangor juga telah mendapatkan bantuan dari ibu pejabat untuk membantu dari aspek risikan memandangkan terdapat banyak lokasi berisiko yang dikenali pasti selain kawasan industri perikanan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jalinan Strategik Operasi Keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor dan APMM Selangor, yang diikuti majlis berbuaka puasa dan solat tarawih bersama warga Kapal Maritim Bagan Datuk di sini, semalam.

“Kepada sindiket ini khususnya rakyat tempatan saya ingatkan jangan cuba libatkan diri, tindakan anda dipantau rapat…sebaiknya anda jadilah mata dan telinga kami untuk sama-sama membanteras kegiatan ini demi negara,“ katanya.

Sementara itu Abdul Muhaimin berharap kerjasama erat antara APMM dan MKN dapat ditingkatkan terutamanya dalam aspek perkongsian maklumat bagi mencegah sebarang kegiatan jenayah daripada berlaku di kawasan perairan negara.

Beliau berkata kerjasama strategik antara pihak berkuasa keselamatan ini telah menyumbang kepada kejayaan APMM dalam membanteras kegiatan jenayah, antaranya mematahkan cubaan penyeludupan dadah disyaki jenis syabu bernilai RM1.32 juta, awal bulan lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings