the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tubuh pasukan petugas cegah kes pecah, curi tabung masjid

KUALA NERUS: Polis kontinjen Terengganu menubuhkan pasukan petugas bagi mencegah kegiatan pecah dan curi tabung masjid di negeri itu sepanjang Ramadan ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan (gambar) berkata usaha itu dibuat menerusi kerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Beliau berkata pengaktifan semula Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Kelab Rukun Tetangga (KRT) akan membantu polis membuat rondaan untuk mengekang jenayah tersebut selain menjamin keselamatan penduduk.

“Setakat ini, tiga kes curi tabung dilaporkan di Terengganu iaitu di daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang. Jumlah kerugian masih belum dipastikan dan sebahagian suspek telah berjaya ditangkap.

“Pelaku menyasarkan masjid yang menerima jumlah kutipan derma yang tinggi pada Ramadan ini,“ katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Rondaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SRS Peringkat Negeri Terengganu di sini malam tadi.

Menurutnya pasukan khas itu akan mengadakan rondaan terutamanya pada waktu malam, manakala pada waktu siang rondaan akan dijalankan pihaknya menerusi program 1 Masjid 1 Polis.

Sementara itu Mazli berkata pihaknya setakat ini membenarkan penjualan 42 jenis mercun di negeri itu dan telah meluluskan serta menolak beberapa permohonan daripada peniaga.

Beliau berkata pemantauan terhadap peniaga yang menjual mercun dan bunga api tanpa permit di bazar Ramadan juga dijalankan pihaknya bersama penguat kuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Setakat ini beberapa tangkapan dalam bilangan yang kecil telah dibuat ke atas peniaga yang berniaga bahan ini tanpa permit dan mereka menjualnya menggunakan kenderaan.

“Pada masa sama kita juga pantau kegiatan penjualan mercun dan bunga api menerusi dalam talian, walaupun Terengganu masih belum ada kes sebegitu. Kesalahan ini boleh diambil tindakan mengikut Akta Bahan Letupan 1957,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings