the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat samun penuntut IPT

MUAR: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat kejadian samun di kediaman penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Pagoh, dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita menyatakan dia dan tiga rakan disamun oleh dua individu tidak dikenali pada 3 pagi semalam.

“Mangsa menyatakan tidak mampu melawan kerana suspek yang masuk ke dalam bilik mangsa telah mengacukan senjata tajam dipercayai pisau.

“Suspek kemudian melarikan diri setelah mengambil barang berharga milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kira-kira 9 pagi semalam, polis telah berjaya menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kejadian itu di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar Pagoh.

“Susulan penahanan itu, polis turut berjaya menahan dua lagi lelaki pada 11.40 malam di Kulai, disyaki turut terlibat dalam kes sama,” katanya menambah siasatan mendapati seorang daripada suspek turut menyewakan kenderaannya kepada dua yang lain.

Menurut Raiz Mukhliz polis merampas sejumlah barangan daripada kesemua lelaki itu antaranya seutas rantai emas, 17 telefon bimbit pelbagai jenama, tiga kereta pelbagai jenis, 24 pod vape, tiga komputer riba, dua tablet, sebilah pisau serta sepeket plastik lut sinar berisi serbuk kristal disyaki syabu dianggar seberat 3.15 gram.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki berusia 20 hingga 22 tahun itu didapati positif terhadap dadah selain dua daripadanya memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kesemuanya sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings