the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir di Johor, Pahang meningkat sedikit kepada 5,839 malam ini: NADMA

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang meningkat sedikit kepada 5,839 mangsa setakat 8 malam ini berbanding 5,800 orang pagi tadi.

Laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan jumlah itu meliputi 5,018 mangsa daripada 1,399 keluarga yang berlindung di 35 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di Johor dan 783 mangsa daripada 232 keluarga di sembilan PPS di Pahang.

Di Johor, sebanyak 3,830 mangsa berlindung di 24 PPS di Kota Tinggi manakala jumlah mangsa di Mersing melibatkan 595 orang di empat PPS, Kluang (350 orang di tiga PPS), Segamat (89 orang di dua PPS) sementara masing-masing sebuah PPS beroperasi di Batu Pahat bagi menempatkan 74 mangsa dan 80 mangsa (Johor Bahru).

Di Pahang, sebanyak 25 orang berada di sebuah PSS di Maran, 570 orang melibatkan empat PPS di Pekan dan 188 lagi di empat PPS di Rompin.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai di Johor mencatatkan paras bahaya iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi, Sungai Endau (Kluang) dan Sungai Tenglu Besar (Mersing).

Sungai Pahang di Bera dan Pekan serta Sungai Rompin adalah antara yang mencatatkan paras bahaya, selain Sungai Kedah Kota Setar (Kedah), Sungai Perak di Hulu Perak (Perak), Sungai Arau di Perlis, Sungai Terengganu di Kuala Terengganu, Terengganu.

Laporan itu turut memaklumkan terdapat 59 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh antaranya Jalan Johor Bahru-Endau di Kota Tinggi, Johor, Trolak Selatan di Batang Padang, Perak dan Jalan Kuala Mentiga – Terapai di Pekan, Pahang.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia will not offer cheap power and water to data centre operators – Johari

Malaysia will not allow foreign data centre operators to exploit its electricity and water resources without delivering meaningful benefits to the country, Investment, Trade and Industry Minister Datuk Seri Johari Abdul Ghani told the Dewan Rakyat today.

Haze: URTI cases jump nearly 60% to 5,613 in one week – Dzulkefly

Cases of upper respiratory tract infections (URTI) rose by nearly 60% to 5,613 in a single reporting week amid worsening haze conditions, Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad told the Dewan Rakyat today.

Most Viewed

spot_img