the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

APMM tahan bot, 5 kru warga Indonesia disyaki curi besi buruk

KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot kayu bersama-sama lima kru warga Indonesia kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri besi buruk di perairan Johor Timur, semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata pihaknya menerima aduan daripada Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) mengenai sebuah bot tunda BONGAWAN 9 berserta baj HEXAGRO 9 dengan muatan besi buruk telah dinaiki suspek.

Beliau berkata mereka dipercayai cuba mencuri muatan baj yang dalam perjalanan dari Labuan menuju ke Pelabuhan Klang itu pada kedudukan 3.8 batu nautika selatan Tanjung Penyusop di sini, 10.45 pagi semalam.

“Sejurus aduan diterima, sebuah bot ronda yang sedang melaksanakan rondaan telah diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Menyedari kehadiran anggota APMM, mereka bertindak cuba melarikan diri namun berjaya ditahan pada kedudukan 3.6 batu nautika selatan Tanjung Penyusop di sini, pukul 11.50 pagi,” katanya pada sidang media di Zon Maritim Tanjung Sedili di sini hari ini.

Mohd Najib berkata kesemua kru lelaki tersebut berusia antara 31 hingga 53 tahun dan telah dibawa ke Zon Maritim Tanjung Sedili untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, ketika diiringi ke jeti Pos Maritim Pengerang, bot tahanan telah mengalami kebocoran yang tidak dapat dikawal dan telah tenggelam pada kedudukan dua batu nautika tenggara Tanjung Bulat.

“Oleh itu, anggaran rampasan setakat ini adalah kira-kira RM10,000 hingga RM20,000 kerana kita masih lagi meneliti nilai sebenar, susulan bot tenggelam,“ tambahnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta kesemua mereka ditahan reman selama 14 hari, bermula hari ini.

Beliau berkata modus operandi yang digunakan adalah menyasarkan bot atau kapal yang bergerak perlahan dan barangan yang biasanya dicuri ialah besi buruk atau yang mudah diambil seperti tali.

“Justeru, pengusaha kapal dinasihatkan agar lebih berwaspada termasuk mengaktifkan Sistem Pengenalan Automatik (AIS), menambah jumlah petugas pemerhati kapal, berjaga-jaga dengan kehadiran bot yang mencurigakan serta melaporkan segera kepada pihak berkuasa tempatan sekiranya berlaku insiden tidak diingini,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings