the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wong: 3,038 sekolah kurang murid tahun ini, tiada yang ditutup

TELUK INTAN: Sebanyak 3,038 sekolah di seluruh negara diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid (SKM) iaitu kurang daripada 150 pelajar pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata walaupun dikategorikan sebagai SKM, sekolah berkenaan akan terus diberi perhatian oleh kementerian dan tiada yang akan ditutup.

“Ini termasuk menyalurkan peruntukan bagi kemudahan diperlukan dan kerja menaik taraf supaya memberi imbangan sama rata kepada semua jenis sekolah,” katanya ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Samak, Ulu Bernam di sini hari ini.

Beliau berkata di Perak sahaja terdapat 419 sekolah kurang murid dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tahun ini telah memberikan peruntukan sebanyak RM38,000 kepada semua sekolah kerajaan tanpa mengira bilangan muridnya.

Menurutnya Kementerian Pendidikan (KPM) juga telah merangka beberapa strategi bagi menangani isu itu di bawah inisiatif Pelaksanaan Pelan Hala Tuju SKM.

Wong berkata antara strategi itu ialah pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred serta penggabungan SKM selain pemindahan atau penempatan semula SKM dan pengekalan SKM atas keperluan.

“Strategi pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred dilaksanakan dengan melibatkan percantuman kelas Tahun 2 dengan Tahun 3 dan Tahun 4 dengan Tahun 5 di sekolah berenrolmen 30 orang murid dan ke bawah,“ katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai aktiviti luar bilik darjah pada musim panas, beliau berkata autonomi diberikan kepada pihak JPN dan sekolah bagi menentukan keputusan berdasarkan kepada garis panduan.

“Untuk menentukan aktiviti luar diteruskan bergantung kepada keadaan dan segala keputusan daripada JPN serta pihak sekolah haruslah mengikut garis panduan cuaca panas sedia ada,“ katanya.

Terdahulu, Wong melakukan lawatan kerja ke enam sekolah di kawasan Parlimen Teluk Intan dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada setiap sekolah bagi tujuan kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings