the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas banduan didakwa lakukan amang seksual terhadap adik kandung

KOTA BHARU: Baru beberapa hari dibebaskan dari penjara, seorang bekas banduan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap adik kandungnya.

Lelaki itu yang berusia 34 tahun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan pertama tertuduh didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu menyebabkan adik perempuannya berusia 17 tahun memerhati dan mendengar visual aktiviti yang bersifat seksual di sebuah rumah di sini pada 10 malam 6 April lepas.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (e) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan amang seksual ke atas mangsa sama di lokasi serupa kira-kira 11 pagi pada 8 April lepas

Lelaki berkenaan dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa humuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh memandangkan kes itu melibatkan hubungan abang dan adik kandung.

“Tertuduh baru sahaja dibebaskan seminggu sebelum Syawal dari penjara atas kesalahan dadah,“ katanya.

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu supaya mahkamah membenarkan jaminan terhadapnya.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 6 Mei untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings