the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tun Daim fail permohonan semakan kehakiman, cabar siasatan SPRM

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin (gambar), isteri serta empat anaknya memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar siasatan yang dijalankan terhadap mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Daim, 85, dan isterinya Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid, 66, serta empat anak mereka iaitu Asnida, 62, Md Wira Dani, 45, Muhammed Amir Zainuddin, 28, dan Muhammed Amin Zainuddin, 25, serta Ilham Tower Sdn Bhd selaku pemohon memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini, semalam (10 Jan) menerusi Tetuan Tommy Thomas .

Mereka menamakan SPRM dan pendakwa raya sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam notis permohonan yang diperoleh media hari ini, pemohon berkata pada 30 Dis 2023, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan terhadap Daim telah dibuka berdasarkan maklumat daripada “Pandora Papers”.

Menurut Daim, Pandora Papers adalah fail sulit yang tersebar pada tahun 2021 yang mendedahkan nama pemilik syarikat luar pesisir, aset, dan akaun bank di luar negara yang di luar bidang kuasa Malaysia.

Bagaimanapun, beliau mendakwa fail terbabit tidak menyatakan sebarang kesalahan dilakukan olehnya dan keluarga.

Menerusi permohonan itu, Daim dan ahli keluarganya memohon agar mahkamah mengeluarkan perintah supaya SPRM dan pegawainya menghentikan semua penyiasatan terhadap mereka sekiranya mahkamah memberikan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.

Selain itu, mereka memohon satu perintah antaranya supaya SPRM dan pegawainya membatalkan semua penyiasatan yang dimulakan terhadap mereka sejak Februari 2023 sehingga kini dan membatalkan semua notis yang dikeluarkan oleh SPRM.

Pengurusan kes ditetapkan pada 16 Jan ini secara sidang video di hadapan Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings