the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu – Adly

KOTA BHARU: Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.

Beliau berkata jumlah itu melibatkan 49 anggota di bawah Briged Kelapan Infantri Malaysia, 47 veteran di Kelantan dan 35 veteran di Terengganu.

“Bagi veteran ATM, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) akan meneliti beberapa aspek untuk bantuan, iaitu dari segi pembaikan rumah dan keperluan selepas banjir.

“Setakat ini, pihak kami tidak menerima laporan aset dan kem tentera rosak serta ditenggelami banjir,“ katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja pascabanjir di Markas 8 Briged, Kem Pengkalan Chepa, di sini hari ini, yang turut dihadiri Panglima Briged Kelapan Infantri Brig Jen Muzamil Ali.

Mengenai situasi banjir di Johor, Adly berkata 279 pegawai dan anggota serta beberapa aset tentera seperti lori dan bot diatur gerak ke lokasi terlibat untuk membantu mangsa.

“Kementerian Pertahanan menetapkan hampir 18,000 anggota untuk persediaan banjir di seluruh negara.

“Oleh itu, untuk banjir di Johor juga kita akan tengok keperluan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada kawasan yang terlibat untuk menempatkan anggota,“ katanya.

Dalam perkembangan lain, Adly berkata sebanyak 33,042 veteran ATM telah menerima manfaat Skim Bantuan Kebajikan JHEV dengan jumlah bantuan keseluruhan bernilai lebih RM62.5 juta.

“Skim ini merupakan program bantuan kewangan bagi menjaga kebajikan veteran ATM dan tanggungan mereka yang berkelayakan agar dapat memperbaik dan menjalani kehidupan lebih selesa.

“Selain itu, Program Peduli Veteran di seluruh negara akan diteruskan dengan sasaran sekurang-kurangnya 800 program dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan semua veteran ATM dapat menikmati bantuan dan kemudahan yang disediakan,“ katanya.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

The Work Project to open third London location at UK’s largest net zero office...

The Work Project will open its third London location at 105 Victoria Street, the UK's largest net zero office development, offering premium flexible workspaces and access to sustainability-focused amenities designed to support collaboration, wellbeing and business growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings