the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Karnival meriahnya raya bersama PKNS sasar 5,000 pengunjung

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan kehadiran 5,000 pengunjung ke Karnival Meriahnya Raya Bersama PKNS yang sedang berlangsung di Datum Jelatek Shopping Centre di sini.

Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS Yuzawati Yusof berkata sasaran itu mampu dicapai berdasarkan pelbagai pengisian aktiviti menarik yang disediakan sepanjang karnival, bermula 5 Mac hingga 21 April ini.

Antara pengisiannya ialah jualan barangan Hari Raya seperti baju Melayu, baju kurung, songkok dan sampin, barangan hiasan raya, kuih dan kerepek oleh 20 usahawan PKNS di ruangan Centre Court, yang dijangka dapat menjana nilai transaksi sebanyak RM100,000.

“Karnival juga akan dimeriahkan dengan sesi ‘Meet and Greet’ bersama Duta Usahawan PKNS Datuk Rosyam Nor, pertunjukan fesyen oleh pereka fesyen Usahawan BizClub PKNS, ruangan foto keluarga dan aktiviti buskers pada setiap hujung minggu, di samping persembahan pentas sepanjang karnival berlangsung,” katanya pada perasmian karnival itu hari ini.

Yuzawati berkata pihaknya berharap penganjuran karnival itu dapat membantu usahawan ‘start up’ mempromosikan produk masing-masing selain menjadi platform kepada usahawan PKNS untuk meluaskan jaringan perniagaan mereka.

Pada masa sama beliau berharap orang ramai dapat membeli barangan persediaan Hari Raya Aidilfitri pada harga yang murah, sekali gus membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pusat beli belah berkenaan.

Sementara itu Pegawai Pemantau Operasi Datumcorp International Sdn Bhd Tengku Khairil Azwan Tengku Abdul Samad berkata karnival itu boleh menjadi acara tahunan bagi memeriahkan suasana Ramadan dan Hari Raya di Datum Jelatek.

Lokasi karnival strategik kerana terletak bersebelahan dengan stesen transit aliran ringan (LRT) Jelatek yang menghubungkan terus pengguna dengan pusat beli belah berkenaan, di samping menyediakan kemudahan ruang parkir luas dengan bayaran hanya RM1. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings