the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan pastikan hasil petroleum Terengganu beri manfaat pada rakyat

KUALA LUMPUR: Kerajaan tetap komited dalam memastikan hasil petroleum dari Terengganu digunakan untuk projek dan program yang memberi manfaat kepada rakyat di negeri itu.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (gambar) berkata sehingga kini, kerajaan telah menyalurkan Pemberian Wang Ehsan sebanyak RM786 juta bagi membantu Kerajaan Negeri berkenaan memenuhi keperluan bayaran gaji serta komitmen kontrak.

“Kerajaan Persekutuan (juga) terbuka untuk berbincang dan mempertimbangkan cadangan dari kerajaan negeri Terengganu.

“Cadangan tersebut boleh dipersetujukan bersama untuk melibatkan program serta projek yang boleh dibiayai melalui pemberian Wang Ehsan bagi memanfaatkan langsung kepada rakyat Terengganu, terutamanya dalam usaha mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan infrastruktur,” katanya ketika menggulung usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings