the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PPT pertama Pahang mula operasi, lebih selesa buat mangsa banjir

MARAN: Pusat Pemindahan Tetap (PPT) Kampung Luit di sini mula beroperasi semalam dengan menempatkan sebanyak 162 mangsa banjir daripada 39 keluarga setakat hari ini.

Mangsa banjir, Che Hamdan Che Mamat, 52, berkata dia bersama lima ahli keluarganya berpindah ke PPT yang terletak berhampiran Jalan Kuantan-Maran itu, sekitar 6.10 petang semalam selepas bahagian bawah rumah mereka dinaiki air hingga paras pinggang susulan hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas.

“Kali ini kami terus menuju ke PPT ini, tidak perlu untuk bertanya sana sini mengenai pusat pemindahan sementara (PPS) mana kami perlu daftar. Sampai sahaja di sini kami diberikan makanan dan minuman bagi mengalas perut serta kit kebersihan diri.

“Kemudahan tandas juga selesa kerana lebih banyak berbanding berbanding jika berteduh di masjid atau dewan, selain ada dapur untuk kami masak secara gotong-royong,“ katanya semasa ditemui di PPT itu hari ini.

PPT Kampung Luit merupakan PPT pertama dibina di negara ini bertujuan menyediakan keselesaan bagi penduduk terjejas banjir dan kerajaan negeri menyasarkan pembinaan empat lagi PPT di Lipis, Temerloh, Kuantan dan Pekan.

Penjual sayur, Peah Mamat, 73, pula menyifatkan PPT itu mesra warga emas dan orang kurang upaya (OKU) kerana dibina setingkat yang memudahkan pergerakan mereka.

“Kawasan ini juga lebih selamat berbanding dahulu saya pernah pindah ke dewan (dijadikan PPS) tetapi kemudian diarahkan untuk berpindah ke masjid pula kerana dewan yang kami duduk turut dinaiki air. Keadaan itu sudah tentu menyulitkan bagi warga emas dan mereka yang mempunyai keluarga besar,“ katanya

Sunida Rosli, 47, yang berpindah ke PPT itu bersama suami, lima anak serta dua cucu selepas rumah mereka dinaiki air, menyifatkan berteduh di situ lebih selesa.

“Walaupun sudah biasa menumpang di masjid, ada masa agak segan juga terutama apabila jemaah datang untuk menunaikan solat. Kami bimbang suara anak-anak menganggu jemaah. Jadi, lebih mudah begini kerana kita tahu semua di sini memang mangsa banjir,“ katanya.

Bekas kakitangan kerajaan, Salim Mohamed, 65, pula berkata PPT yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas termasuk kipas siling dan tandas yang dekat memudahkan dirinya yang mengalami masalah untuk berjalan selepas diserang angin ahmar pada 2021.

Sebagai cadangan penambahbaikan, Salim yang merupakan pemegang kad OKU berharap kemudahan seperti kerusi malas dapat disediakan pada masa depan terutama untuk warga emas yang mengalami kesukaran untuk bangun selepas duduk di lantai.

“Saya meminjam kerusi malas daripada saudara untuk dibawa ke sini. Begitupun, secara keseluruhan pusat pemindahan ini selesa untuk saya dan urusan mendaftar masuk juga mudah walaupun kami datang pada 12 tengah malam,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings