the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

60,429 diesel subsidi bernilai lebih RM1.7 juta dirampas, empat ditahan

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mematahkan cubaan menyeleweng 60,429 liter diesel bernilai lebih RM1.7 juta dalam serbuan di Kampung Baru Lumut, Seri Manjung dekat sini semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata dalam Ops Tiris 3.0 yang dijalankan 12.30 tengah hari itu, serbuan oleh sepasukan penguat kuasa di kawasan itu mendapati sebuah lori tangki sedang memindahkan cecair disyaki diesel kepada sebuah bot penunda.

“Hasil pemeriksaan lanjut dan semakan awal ke atas dokumen pembelian dan penjualan, mendapati terdapat transaksi yang mencurigakan dan disyaki palsu kerana ditemukan transaksi yang berbeza dengan rekod yang diperoleh daripada syarikat pembekal minyak berjenama.

Pihak KPDN percaya sindiket ini cuba memalsukan rekod transaksi sumber minyak diesel yang diperoleh untuk mengaburi pihak berkuasa melalui penyataan dan dokumen yang telah disita,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menjelas lanjut modus operandi sindiket berkenaan, Kamaluddin berkata penyataan bahan api kegunaan industri didapati berbeza dengan diesel yang digunakan bot penunda sebagai bahan bakar dan diesel itu disyaki diperoleh daripada sumber bersubsidi yang dicampur dengan minyak komersial serta dikumpul daripada pelbagai sumber seperti stesen minyak, minyak nelayan dan lain-lain.

Justeru, melalui arahan pengisytiharan stok dan mengemukakan dokumen di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 sebanyak anggaran 60,429 liter cecair yang disyaki diesel berada di dalam lori tangki dan bot penunda terlibat telah disita, rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM1,761,287.

Katanya empat orang lelaki yang mengaku sebagai pemandu lori, kelendan lori, penyelia bot penunda dan ejen syarikat yang berada di tempat kejadian telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings