the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DOF: Kupang di PD disahkan beracun, dicemari biotoksin

PORT DICKSON: Hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Wan Aznan Abdullah (gambar) berkata sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya.

“Faktor cuaca panas juga antara punca alga ini membiak dengan cepat dalam perairan tersebut namun ia tidak menjejaskan hidupan laut lain seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak makan kupang dalam tempoh 20 hari, selepas musim perayaan ini kita akan ambil lagi sampel untuk diuji, sebelum membuat pengesahan bahawa kupang di sini selamat untuk dimakan,“ katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Perikanan Negeri Sembilan Kasim Tawe.

Wan Aznan berkata jabatan akan meneruskan pemantauan dengan pengujian secara berkala mengikut prosedur ditetapkan sehingga kepadatan sel di dalam air berkurangan dan biotoksin di dalam isi kupang tidak dikesan.

Beliau berkata kerjasama dengan anggota penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis marin di perairan di sini bertujuan memastikan tiada tangkapan serta jualan kerang-kerangan di daerah ini.

“Pengusaha kupang berdaftar di sini adalah di Pasir Panjang dengan 40 penternak termasuk tidak berdaftar. Kupang sedia ada dalam perairan itu tidak perlu dilupuskan, ia akan neutralise sendiri, kecuali kupang yang sudah dituai dan dijual di pasar yang perlu dihapuskan,“ katanya.

Beliau berkata sampel air turut diambil di perairan Melaka dan Johor namun didapati selamat dan tiada kehadiran atau pembiakan alga tersebut.

Pada Selasa, Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan terdapat lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang dan kini seorang mangsa keracunan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Port Dickson.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings