the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes denggi turun 6.8%, empat kematian pada ME52

PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi menurun 6.8 peratus kepada 2,715 kes pada Minggu Epidemiologi ke-52 (ME52) iaitu bagi tempoh 24 hingga 30 Dis lepas, berbanding 2,913 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Dalam kenyataan mengenai situasi demam denggi di Malaysia hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata empat kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME52, yang merupakan minggu epidemiologi terakhir bagi 2023.

Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME52 meningkat 86.3 peratus kepada 123,133 kes berbanding 66,102 kes bagi tempoh sama pada 2022.

“Sejumlah 100 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 56 kematian bagi tempoh yang sama pada 2022,” katanya.

Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti ‘hotspot’ yang dilaporkan pada ME52 adalah sebanyak 134 lokaliti berbanding 131 pada minggu sebelumnya.

Lokaliti berkenaan adalah 104 di Selangor, sembilan di Perak, lapan di Putrajaya dan Kuala Lumpur, tujuh di Negeri Sembilan, dua di Pulau Pinang dan Sabah serta masing-masing satu lokaliti di Kedah dan Sarawak.

Bagi survelan chikungunya pula, beliau berkata terdapat satu kes direkodkan pada ME52 menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 197 kes.

Dr Muhammad Radzi berkata bagi survelan zika, sebanyak 3,939 sampel darah dan 445 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings