the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aaron-Wooi Yik buru final Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR: Gandingan beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik bertekad membawa senyuman kepada penyokong tanah air, dengan mara ke final kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2024 bermula 9-14 Jan ini di Axiata Arena.

Aaron, 26, berkata beliau meletakkan harapan untuk memperbaiki pencapaian terbaiknya di Terbuka Malaysia kali ini, selepas tumbang kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun pada separuh akhir edisi 2022, manakala tahun lepas tersingkir seawal pusingan kedua kepada Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China.

“Kali ini kita tidak rasa tertekan tetapi lebih teruja kerana sudah lama tidak beraksi di Malaysia (sejak Malaysia Master pada Mei lepas). Harap kali ini boleh buat persembahan lebih baik berbanding sebelum ini, sekurang-kurangnya ke final, menang keiohanan atau tidak, tak boleh cakap.

“Apabila beraksi di Malaysia, saya rasa lebih bersemangat kerana sokongan padu penyokong. Harap penyokong juga hadir dari awal sehingga hari terakhir,” kata juara dunia 2022 itu pada sidang media menjelang kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 di sini, hari ini.

Aaron-Wooi Yik yang turun selaku pilihan ketiga akan membuka kempen kali ini berdepan pasangan bukan pilihan dari Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard pada pusingan pertama.

Aaron yang menamatkan penantian lama untuk merangkul gelaran Jelajah Dunia Super bersama Wooi Yik di Terbuka Denmark pada Oktober lepas, turut berharap untuk memenangi mana-mana kejohanan dalam masa terdekat bagi meningkatkan keyakinan mereka menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024, bermula 26 Julai ini.

Sementara itu, jurulatih beregu lelaki kebangsaan Tan Bin Shen berkata selepas mendapati cara permainan Aaron-Wooi Yik telah dibaca oleh beberapa lawan utama, terutamanya di Sukan Asia, pihaknya telah menukar strategi dan cara permainan yang dilihat membuahkan hasil di Terbuka Denmark.

“Selepas kita menukar, kita lihat lawan juga telah menukar cara mereka, saya rasa ia sebahagian daripada proses, kita pun harus membuat kerja rumah juga (sebelum hadapi kejohanan). Semua pihak mahu memenangi kejohanan, tetapi tidak boleh kata 100 peratus akan menang…persediaan kita kena 100 peratus dari aspek mental dan fizikal.

“Apabila ada lawan yang susah, perlawanan jadi sengit, jika kita kekal, itu saat yang kita akan bagi kelebihan kepada lawan, psikologi terjejas dan mereka boleh membuat kemunculan semula. Komunikasi antara pemain dan jurulatih penting, ketika saya lihat pemain perlahan, saya kena kawal mereka,” katanya.

Beliau berkata harapan Aaron-Wooi Yik untuk tahun ini adalah memburu pingat emas Olimpik dan kedudukan teratas dunia, yang memerlukan persiapan baik.

Aaron-Wooi Yik, yang kini berada di kedudukan nombor empat dunia, turut pernah meraih gangsa pada Olimpik Tokyo 2020 dan Kejohanan Dunia 2023. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings