the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tanpa persiapan ideal Harimau Malaya berkemungkinan tercicir mata di Muscat

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon berdepan kemungkinan tercicir mata susulan persiapan kurang ideal menjelang aksi menentang Oman, pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Muscat bulan ini.

Pemerhati bola sepak tempatan Datuk Dr Pekan Ramli berkata perkara itu dipengaruhi tahap kecergasan barisan pemain yang ketika ini menjadi persoalan selepas Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25 ditetapkan bermula pada Mei ini dengan beberapa pasukan baru memulakan latihan pramusim.

Menambah kebimbangannya apabila terdapat khabar angin bahawa pasukan kebangsaan tidak akan bermain satu pun perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum bertemu Oman.

“Peluang (layak ke pusingan ketiga) kita sangat baik, kita menang dua aksi pertama tapi selepas Piala Asia 2023 seolah-olah pasukan diberi rehat terlalu lama, keduanya nampak seperti kita tak akan main perlawanan kompetitif sebelum lawan Oman. Seperti kita tak serius dan tak bersedia, ini merisaukan.

“Walaupun Oman ada perubahan ketua jurulatih tapi liga mereka berjalan, jadi pemain-pemainnya berada dalam suasana kompetitif manakala liga kita pula sedang berehat. Jadi perancangan perlu ada, kalau kita gagal buat perancangan, bermakna kita merancang untuk gagal,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata Malaysia sekurang-kurangnya perlu meraih keputusan seri di Muscat 21 Mac ini dan meraih kemenangan apabila Oman bertandang ke sini pada 26 Mac, bagi mengelakkan pasukan menghadapi tekanan yang boleh menjejaskan peluang ke pusingan ketiga.

“Daripada enam mata kita perlu dapatkan empat untuk memastikan peluang kita layak lebih terjamin, kalau kita kalah di Muscat pasukan akan berdepan tekanan yang lebih tinggi bila Oman datang ke sini,” katanya.

Turut senada jurulatih Sabah FC yang juga bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee, yang menyifatkan sekurang-kurangnya satu perlawanan persahabatan akan membantu pasukan negara untuk menghadapi Oman di Muscat.

Namun, Kim Swee berkata prestasi para pemain ketika berjaya mencipta kejutan dengan mengikat Korea Selatan 3-3 pada aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023 di Doha, Qatar Januari lepas, membuktikan Malaysia mampu bersaing dengan satu daripada pasukan terbaik Asia.

“Saya percaya Pan Gon banyak perancangan, pertama beliau ingin dapatkan pemain yang cergas sepenuhnya, kedua dari segi taktikal di mana saya jangkakan tiada masalah di mana pemain tunjang utama skuad kali ini merupakan pemain-pemain yang beraksi di pentas Piala Asia.

“Jadi (menentang Oman) bukan satu tugas mudah tapi sekurang-kurangnya kita mampu mendapatkan satu mata jika dapat sekurang-kurangnya satu perlawanan persahabatan,” kata bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berusia 53 tahun itu.

Bernama difahamkan skuad Harimau Malaya akan bermain dua perlawanan pemanas badan secara tertutup dalam tempoh kem latihan pusat di Wisma FAM di Kelana Jaya yang bermula Jumaat ini, namun belum ada pengumuman rasmi berhubung perkara itu.

Malaysia berada pada landasan tepat untuk mencipta sejarah layak ke pusingan ketiga pusingan Kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia buat julung kali apabila kini mendahului saingan Kumpulan D dengan kelebihan tiga mata berbanding Oman.

Anak buah Pan Gon merakam dua kemenangan masing-masing ke atas Kyrgyzstan 4-3 dan Taiwan 1-0 tahun lepas untuk menerajui saingan kumpulan, sementara Oman di kedudukan kedua berkongsi mata dengan Kyrgyzstan manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.

Oman dibimbing pengendali baharu Jaroslav Silhavy dari Republik Czech yang menggantikan jurulatih kelahiran Croatia Branko Ivankovic, susulan persembahan pasukan itu yang mengecewakan di pentas Piala Asia 2023 selepas gagal layak ke pusingan 16 terbaik. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Klemeru South: EADEPRO Development builds Perak’s first solar-powered green township in Ipoh’s Klebang-Meru corridor...

EADEPRO Development is expanding Klemeru Ipoh, a 120-acre solar-powered township in Perak's Klebang-Meru corridor. Featuring built-in solar systems, EV-ready infrastructure, modern amenities and strong connectivity, the project aims to support sustainable living while advancing Malaysia's net-zero and energy transition goals.

Matrix Robotics Debuts at Dalian Summer Davos as Sole Humanoid Robotics Service Provider, with...

DALIAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - The World Economic Forum's 17th Annual Meeting of the New Champions, also known as Summer Davos, opened on June 23 at the Dalian International Conference Center.

Allianz: $125 billion in vessel and cargo value awaits passage from the Persian Gulf

Allianz warns that geopolitical tensions and the Strait of Hormuz disruption have left about US$125 billion in vessel and cargo value awaiting transit. The report highlights growing maritime risks, supply chain uncertainty, ageing fleets, and the need for stronger resilience in global shipping operations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings