the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan cirit-birit

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Najib Abdul Razak membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terpaksa ditangguhkan hari ini selepas bekas Perdana Menteri itu disahkan mengalami cirit-birit.

Pegawai Perubatan Klinik Penjara Kajang Dr Mohd Hafiz Mohd Hoshni memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa beliau telah memeriksa Najib yang mengadu sakit perut dan telah ke tandas sebanyak tiga kali pagi tadi.

Doktor itu telah diminta memberi penjelasan mengenai keadaan kesihatan Najib oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib yang dimaklumkan oleh pihak berkuasa penjara berkaitan perkara itu ketika mahkamah berhenti rehat.

“Najib kelihatan agak lemah, keletihan dan dehidrat. Saya telah memberikan beliau preskripsi ubat buscopan, lomotil dan garam rehidrasi oral,” katanya sambil menambah tekanan darah Najib juga agak rendah.

Sequerah kemudian menyoal sama ada Najib mampu menjalani prosiding perbicaraan hari ini dan Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.

Bagaimanapun, hakim itu berkata beliau akan menangguhkan prosiding hari ini namun perbicaraan perlu diteruskan esok dan meminta Dr Mohd Hafiz mengeluarkan sijil cuti sakit kepada Najib untuk hari ini.

Terdahulu, semasa soal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, bekas peguam am 1MDB Jasmine Loo Ai Swan berkata Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB mengikut secara membuta tuli dan mengiyakan apa sahaja yang Najib, sebagai pemegang saham tunggal syarikat itu, telah luluskan mengikut Artikel 117 Memorandum & Artikel Persatuan (M&A).

Bagaimanapun, Muhammad Shafee menafikan dakwaan itu dan menyoal saksi ke-50 pendakwaan tersebut sama ada BOD tidak menggunakan akal fikiran mereka sehingga terpaksa mengikut Najib secara membuta tuli dalam apa jua keputusan yang diambil beliau.

Bagi menjawab soalan itu, Loo berkata “Artikel 117 memerlukan kelulusan PM (Perdana Menteri) bagi transaksi besar.”

Muhammad Shafee: Anak guam saya, yang juga Menteri Kewangan ketika itu, telah melakukannya mengikut lunas undang-undang, beliau telah mengambil maklum kenyataan pengarah dan memberikan kelulusan sebagaimana yang tercatat dalam Artikel 117 sebagai pemegang saham, jadi di mana ketakkonsistenannya?

Loo: Meskipun tidak dinyatakan, secara keseluruhan ia adalah sama. 1MDB melayan beliau sebagai pemegang saham dan dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri.

Untuk rekod, Artikel 117 menyatakan bahawa PM mempunyai kata putus kepada pindaan M&A atau pelantikan dan pemecatan pengarah serta pengurusan tertinggi 1MDB.

Ia turut menyatakan bahawa sebarang keputusan mengenai pelaburan, kewangan dan penstrukturan membabitkan kepentingan syarikat yang berkait rapat dengan sebarang kepentingan negara, keselamatan serta dasar kerajaan perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada PM.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan (sebagai Perdana Menteri) untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings