the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pensyarah didenda RM9,000 guna dokumen palsu bayaran sewa kenderaan

KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah sebuah universiti awam didenda RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu membabitkan bayaran sewa kenderaan berjumlah RM6,600 hampir enam tahun lepas.

Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Jasmi Hafiz Abdul Aziz (gambar), 47, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas tiga pertuduhan pilihan pada prosiding hari ini yang ditetapkan untuk sebutan kes.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 18 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan pilihan itu, Jasmi Hafiz didakwa menggunakan tiga resit bagi bayaran sewa tiga jenis kenderaan antara 24 April 2018 hingga 27 Jan 2019 berjumlah RM6,600 dengan mengetahui kesemua dokumen berkenaan adalah palsu.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Jabatan Geologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya antara 29 Mei 2018 hingga 19 Feb 2019 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun enam lagi pertuduhan pilihan membabitkan dokumen palsu yang dihadapi Jasmi Hafiz sebelum ini dipertimbangkan sebagai ‘take into consideration’ (TIC) di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Abd Muntaqim Abdul Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Wan Shahrizal Wan Ladin. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings