the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nadma: Banjir di Johor pulih sepenuhnya, mangsa di Pahang, Kelantan kekal malam ini

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Johor pulih sepenuhnya apabila 23 mangsa yang berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, telah pulang ke kediaman masing-masing.

Berdasarkan laporan terkini kejadian banjir di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah mangsa banjir di Pahang dan Kelantan kekal kepada 48 mangsa di tiga PPS setakat 8 malam ini.

Di Kelantan, seramai 26 mangsa masih berlindung di sebuah PPS di Pasir Mas manakala di Pahang kekal menempatkan 22 mangsa, masing-masing satu di PPS di Maran dan Temerloh.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati, Sungai Pulai di Johor Bahru, Johor berada pada paras bahaya dengan merekodkan 5.27 meter (m) dengan trend meningkat, manakala Sungai Arau di Arau, Perlis merekodkan 23.35m dengan trend menurun.

Laporan itu juga menyatakan terdapat 19 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan akibat tanah runtuh.

Jalan terlibat antaranya Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik-Jeli di Hulu Perak, Perak; Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kluang, Johor; Jalan Bukit Kayu Hitam-Bukit Tangga-Sintok di Kubang Pasu, Kedah; dan Jalan Temerloh-Jerantut di Pahang. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings