the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan suami isteri dalang promosi pinjaman wang tanpa lesen di bazar Ramadan

IPOH: Polis menahan sepasang suami isteri disyaki dalang penyebaran kad perniagaan pinjaman wang tanpa lesen dan judi dalam talian di bazar Ramadan pekarangan Stadium Ipoh di sini yang tular di media sosial.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (gambar) berkata kedua-dua mereka yang berusia 53 dan 54 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen Perak di sebuah rumah di Sitiawan kira-kira 12.45 tengah malam tadi.

Beliau berkata polis turut merampas antaranya telefon bimbit, buku catitan senarai peminjam wang dan 120 keping kad tertera tawaran pinjaman wang dan judi dalam talian.

“Hasil siasatan awal suspek mengaku telah ke bazar Ramadan itu bersama dua lelaki orang kurang upaya (OKU) yang diupahnya dengan bayaran RM30,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya semakan ke atas buku catitan senarai peminjam mendapati 90 peratus peminjam adalah warga tempatan di daerah Manjung dan tindakan mengedar kad tersebut bagi mengembangkan perniagaan yang dipercayai beroperasi sejak dua tahun lepas.

Mohd Yusri berkata suspek juga mengaku perniagaan pinjaman wang tanpa lesen itu mengenakan kadar bayaran yang tinggi termasuk secara harian.

Beliau berkata polis masih mengesan dua lagi suspek bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Terdahulu tular di media sosial rakaman berdurasi 1.01 minit menunjukan seorang lelaki menyebarkan kad perniagaan pinjaman wang tanpa lesen dan judi dalam talian di setiap gerai hingga mendatangkan rasa kurang senang peniaga di bazar tersebut. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

LRT3-area housing risks excluding B40, expert warns of transit gentrification

Dr Nurul Shakila Khalid said the greatest challenge facing transit-oriented development (TOD) is not the lack of affordable housing policies, but how transit-driven land economics steadily push property prices beyond the reach of B40 and M40 households.

Anwar urges swifter action to prepare Malaysians for AI-driven future

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today said rapid technological advancements were reshaping industries and creating new opportunities, making it imperative for the country’s education and training ecosystem to adapt.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings