the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penduduk Korea Selatan dijangka merosot di hampir semua wilayah menjelang 2052

SEOUL: Penduduk Korea Selatan dijangka merosot di hampir semua wilayah menjelang 2052 akibat kadar kelahiran yang rendah secara berterusan, menurut anggaran pejabat statistik yang dilaporkan pada Selasa, menurut Xinhua.

Jumlah penduduk negara itu diunjur menurun dari 51.67 juta pada 2022 kepada 46.27 juta pada 2052 selepas memuncak pada 51.75 juta pada 2024, menurut Statistik Korea.

Kesemua 17 wilayah dan bandar raya dijangka mencatatkan penurunan penduduk semula jadi atau lebih banyak kematian daripada kelahiran, menjelang 2052.

Walau bagaimanapun, wilayah Gyeonggi yang mengelilingi ibu kota Seoul dan bandar raya pentadbiran Sejong diramalkan akan menyaksikan pertumbuhan penduduk menjelang 2052 di tengah-tengah aliran masuk penduduk ke wilayah dan bandar raya berkenaan.

Bilangan bayi yang baru lahir telah menunjukkan penurunan sejak Oktober 2022 kerana pasangan muda menangguhkan atau menggugurkan hasrat untuk memiliki anak disebabkan kesukaran ekonomi, seperti harga perumahan yang tinggi dan pengangguran yang berlarutan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings