the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki hilang semasa menangkap ikan ditemukan lemas di Sungai Nanga Bekatan

SIBU: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa menyelam untuk menangkap ikan di Sungai Nanga Bekatan, Ensiring, Ulu Julau ditemukan lemas hari ini.

Mayat Michael Jantan, 50, ditemui di dasar sungai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Sungai Merah, Sibu pada pukul 9.08 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Mahmudin Narudin berkata operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pada pukul 2 petang semalam.

Pasukan menyelusuri sungai dan melakukan dua kali selaman tetapi gagal menemui mangsa sebelum operasi ditangguhkan pada pukul 7.49 malam.

“Operasi disambung semula hari ini dan akhirnya berjaya menemukan mayat mangsa,“ kata Mahmudin dalam kenyataan.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11 malam, Sabtu lepas dilaporkan oleh seorang pengadu di Balai Polis Julau.

Operasi pencarian melibatkan agensi berkaitan dan penduduk rumah panjang.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings