the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fadillah: Perkasa integrasi infrastruktur, teknologi untuk menjadi hab ekonomi halal berdaya maju

PUTRAJAYA: Malaysia perlu melaksanakan langkah selanjutnya untuk muncul sebagai hab ekonomi halal yang berdaya maju, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata pendekatan ini termasuk memperkukuh pembangunan infrastruktur, penyelidikan dan pembangunan, pendidikan dan latihan serta integrasi teknologi dan kerjasama global.

Menurut Fadillah industri halal memenuhi asas pengguna yang luas, meliputi 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia, dengan peningkatan dua peratus pada setiap tahun, dan kesedaran mengenai potensi industri halal di pasaran sedang pesat membangun akan meningkatkan ekonomi halal.

Beliau berkata ekonomi halal dianggarkan bernilai US$3.1 trilion di seluruh dunia dan diunjurkan mencapai US$5 trilion menjelang 2030, manakala di Malaysia, nilai pasaran ini telah meningkat kepada US$ 68.4 bilion dan dijangka mencapai US$113.2 bilion pada 2030.

“Oleh itu, potensi pertumbuhan bukan sahaja dalam kalangan negara Islam, malah di pasaran barat dengan populasi umat Islam yang semakin berkembang dan memperlihatkan pematuhan terhadap amalan halal kian meningkat, (manakala) masyarakat bukan Islam yang menginginkan produk berkualiti, selamat dan sihat akan terus memacu pengembangan pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Islam dan Kajian Ekonomi Halal (ICIHES) 2023 pertama dan Persidangan Antarabangsa Mengenai Undang-undang Islam, Ekonomi dan Kewangan (SPEKI 2023) ketiga di sini hari ini.

Ekonomi halal yang menyeluruh mesti menyepadukan nilai keadilan, kebenaran dan kebajikan terutamanya berkaitan transaksi perniagaan, katanya.

Fadillah berkata Malaysia telah lama menyemai hasrat untuk muncul sebagai pusat global bagi pengeluaran dan pengedaran barangan dan perkhidmatan halal.

“Menerusi tumpuan yang berterusan untuk membangunkan kepakaran, terutamanya dalam perbankan Islam dan perkhidmatan kewangan, Malaysia berhasrat untuk meneraju dari segi menetapkan piawaian global dan melaksanakan amalan terbaik dalam industri halal yang meluas,” katanya.

Beliau berkata permintaan yang meningkat terhadap barangan dan perkhidmatan halal telah menyebabkan negara bukan Islam seperti Thailand, Australia dan Brazil berhasrat menjadi pengeksport produk halal utama, bukan sahaja melibatkan makanan proses, malah daging dan poultri.

“Kita tidak boleh menidakkan bahawa halal bukan sahaja menjangkau pensijilan semata-mata, malah menunjukkan peluang perniagaan yang besar.

“Walaupun proses pensijilan mungkin tidak menyumbang secara langsung kepada ekonomi negara, aspek perniagaan halal yang lebih luas menghasilkan kekayaan, memupuk kesejahteraan masyarakat dan meningkatkan pulangan ekonomi dalam perspektif luas,“ katanya.

Fadillah berkata Malaysia mempunyai beberapa kelebihan untuk memperkukuh rantaian nilai halal, antaranya rangka kerja kawal selia yang teguh di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Halal Development Corp Bhd (HDC) serta lebih 20 kementerian dan agensi, menyumbang kepada peraturan halal yang kukuh.

Kelebihan lain turut meliputi terdapat ekosistem yang lengkap bagi makmal halal serta kemudahan pensijilan dan latihan di beberapa universiti tempatan, katanya.

Menurut Fadillah, logo halal global dan prosedur pensijilan yang diseragamkan dan mematuhi pelbagai piawaian kualiti antarabangsa seperti Pertubuhan Penstandardan Antarabangsa (ISO), Codex Alimentarius dan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) telah menyebabkan prinsip halal amat dikenali dalam kalangan pengeluar makanan bukan Islam.

Beliau berkata baru-baru ini Malaysia mencatat kemajuan besar dalam industri halal menerusi pelancaran Pelan Induk Industri Halal 2030 oleh Kementerian Ekonomi dan HDC.

Fadillah berkata kerajaan tetap teguh dengan komitmennya untuk mewujudkan industri halal yang menekankan kepada kepentingan kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan daripada kerajaan dan swasta.

Beliau berkata kejayaan Malaysia dalam merintis piawaian dan pensijilan patuh halal sejak awal 70-an telah mendapat sambutan meluas menerusi penubuhan bank Islam pertama pada 1983, menandakan bermulanya sistem kewangan Islam negara.

Beliau berkata penghargaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kepada Malaysia sebagai model pelabelan makanan halal susulan penggunaan garis panduan am Codex di Geneva pada 1997 tetap menjadi kepentingan pengguna Islam di seluruh dunia, katanya.

ICIHES 2023 berperanan sebagai platform penting untuk perbincangan dan pertukaran idea untuk memperkasakan lagi ekonomi halal dan mengukuhkan ummah.

Persidangan ini dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (Legasi), Yayasan Global Hadhari, HDC, Jakim dan Kumpulan Penyelidikan Universiti Ekonomi Halal Ekonomi (KPU Ekonomi Halal) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings