the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Loke: Cabaran terbesar kerajaan adalah urus perbezaan antara parti

KUALA LUMPUR: Cabaran terbesar Kerajaan Perpaduan adalah menguruskan perbezaan antara parti berlainan dan menyatupadukan seluruh tenaga ke arah matlamat yang sama, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke (pix).

Beliau berkata pemimpin utama DAP dan anggota Jemaah Menteri parti itu menyedari hakikat tersebut.

“Percanggahan pendapat dalam isu tertentu akan timbul dari semasa ke semasa. Ini merupakan lumrah dalam dunia politik dan sistem demokrasi. Kita perlu bertenang dalam menguruskan sebarang keadaan dan sentiasa berpegang kepada semangat permuafakatan.

“Semua dasar kerajaan dan keputusan penting hanya boleh diputuskan melalui perbincangan mesyuarat Jemaah Menteri dan konsensus dicapai oleh semua parti yang membentuk kerajaan pada hari ini. Tidak ada parti yang boleh mendominasi parti yang lain dalam apa jua keputusan,” katanya dalam mesej Tahun Baharu 2024 di laman Facebook hari ini.

Loke, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata beliau berpegang teguh kepada prinsip tanggungjawab bersama di samping mengulangi pendirian dan fokus Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu 2024 is all about economy! economy! economy.

Justeru, beliau bertekad untuk terus memainkan peranan konstruktif memperkukuh kerjasama dan kelangsungan Kerajaan Perpaduan serta menyumbang tenaga dalam penyampaian prestasi kerajaan di Kementerian Pengangkutan.

Loke turut mengulangi komitmen DAP bahawa peranan dan tanggungjawab anggota parti itu dalam kerajaan ialah menjamin kestabilan politik, memastikan keharmonian antara kaum serta membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Mengimbau perjalanan Kerajaan Perpaduan sepanjang 2023, beliau berkata pelbagai dasar dan hala tuju negara termasuk kerangka Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian serta Dasar Peralihan Tenaga telah digubal dan diumumkan untuk pelaksanaan manakala iklim pelaburan kembali rancak, keyakinan pelabur terhadap masa depan ekonomi Malaysia kian meningkat, dasar luar dan peranan Malaysia di pentas antarabangsa lebih terserlah serta makin diberi perhatian oleh kuasa besar.

Loke berkata di bawah Kerajaan Perpaduan, hubungan dua hala dengan negara jiran di ASEAN dan Asia Timur turut diperkuat dan membantu pertumbuhan perdagangan yang lebih agresif.

“Semua petunjuk ini membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.

“Proses pembinaan semula negara sedang berjalan lancar dan dengan iltizam yang tinggi, lebih banyak perancangan kerajaan dapat diterjemahkan dalam tindakan bersepadu serta pelaksanaan secara tuntas pada tahun 2024,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings