the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dr Wan Azizah: Tingkatkan pemantauan kanak-kanak terhadap bahaya alam siber

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) mengingatkan ibu bapa supaya meningkatkan kawalan dan pemantauan terhadap anak masing-masing bagi melindungi mereka daripada pelbagai bahaya yang tersembunyi dalam alam siber.

Dr Wan Azizah berkata pada zaman siber kini, kanak-kanak akan sentiasa terdedah kepada bahaya alam siber walaupun mereka tidak keluar dari rumah atau keluar malam.

“..jaga kanak-kanak terutama di alam maya kerana mereka adalah golongan rentan. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan usaha (melindungi kanak-kanak di alam maya) perlu diberi penekanan dan ditingkatkan.

“Kini komunikasi (bersemuka) kurang. Semuanya di alam maya. Kalau kanak-kanak diam sahaja, bahaya. Kanak-kanak tidak tahu (membezakan) sesuatu yang ‘tidak boleh’. Terdapat antun seksual kanak-kanak (Child grooming dan laman web gelap,” katanya kepada pemberita ketika hadir pada majlis Townhall Working Together To Enhance Child Protection di HELP University di sini hari ini.

Pada majlis itu, Dr Wan Azizah turut menyaksikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menerima memorandum yang ditandatangani 45 pertubuhan sivil termasuk Yayasan Chow Kit bagi menuntut peningkatan perlindungan kanak-kanak di alam siber.

Sementara itu Nancy dalam ucapannya berkata pihaknya akan memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, komuniti dan keluarga dalam mengenal pasti, melaporkan dan menangani kes-kes penyalahgunaan atau penganiayaan kanak-kanak.

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa terbuka untuk cadangan idea-idea baharu dan bersesuaian dengan kehendak serta keperluan semasa, kerana perlindungan kanak-kanak merupakan tanggungjawab semua lapisan masyarakat.

“Saya juga menggesa semua pihak untuk bekerjasama dan memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha meningkatkan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak di negara kita,” katanya.

Menurut Nancy perkhidmatan perlindungan kanak-kanak sentiasa menjadi antara fokus utama kerajaan dalam memastikan kesejahteraan dan hak asasi kanak-kanak di negara ini.

Katanya pendekatan dan tindakan yang perlu diambil untuk menangani masalah penderaan dan pengabaian kanak-kanak mesti seiring dengan keperluan semasa.

Sementara itu menurut kenyataan Yayasan Chow Kit yang diedarkan pada majlis itu matlamat dialog awam yang diadakan hari ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai isu mendesak penderaaan kanak-kanak dalam talian dengan menggalakkan perbincangan awam.

Menurut yayasan itu, program adalah usaha sama pempengaruh media sosial, pendidik, institusi pendidikan dan syarikat komunikasi yang mampu mempengaruhi perubahan perilaku dalam dunia yang semakin saling berhubung secara digital, demikian menurut kenyataan itu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings