the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor cadang wujud laluan 120 km rentas Central Forest Spine

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bercadang untuk mewujudkan denai sepanjang 120 kilometer merentasi Central Forest Spine (CFS) dari Hulu Selangor hingga ke Hulu Langat sebagai tarikan pelancongan baharu.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia antara perancangan untuk menjadikan kawasan hutan simpan kekal (HSK) yang diisytihar sebagai Hutan Warisan Diraja Selangor (HWDS) hari ini sebagai lokasi pelancongan terutamanya buat mereka yang meminati aktiviti hiking dan jungle trekking.

“Tetapi, sudah pasti kita akan kawal jumlah kemasukan pelacong kerana ia akan memberi impak terus terhadap kualiti hutan.

“Jika kita benarkan terlalu ramai masuk maka kurang kawalan kebersihan, penjagaan, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perisytiharan HWDS serta Seminar Mini Ekspedisi Saintifik Sungai Chiling Hutan Simpan Hulu Selangor, di sebuah hotel di sini, hari ini.

Terdahulu pada majlis itu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan pengisytiharan HWDS melibatkan kawasan hutan seluas 108,000 hektar.

Amirudin berkata kerajaan negeri menerusi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) akan memudahkan pendaftaran dan kawalan kemasukan ke kawasan HSK sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan hutan.

“Sekarang untuk masuk ke Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) di Selayang, anda boleh menggunakan aplikasi. Ia akan mudahkan orang ramai yang mahu pergi skywalk dan sebagainya, hanya daftar melalui aplikasi tanpa beratur di kaunter selain mudah untuk FRIM kawal jumlah orang yang masuk ke sana,“ katanya.

Selain itu, beliau berkata JPNS turut bekerjasama dengan Telekom Malaysia dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi membangunkan perisian pemantauan aktiviti di hutan termasuk kemasukan orang awam, pergerakan haiwan, kebakaran malah tanah runtuh berdasarkan sensor dan laporan.

Terdahulu, Amirudin dalam sembah ucapan berkata pihaknya kini sedang giat memperkasakan usaha pemeliharaan dan kelestarian hutan serta alam sekitar selaras Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Beliau berkata kerajaan negeri juga memberi komitmen dalam menyokong agenda dan dasar di peringkat kebangsaan serta antarabangsa mengenai pemeliharaan biodiversiti dan isu perubahan iklim.

“Antara usaha-usaha yang dilakukan adalah mengamalkan Dasar Moratorium ke atas Pembalakan dalam HSK selama 25 tahun sejak tahun 2010; memperoleh pengiktirafan antarabangsa melalui pensijilan pengurusan hutan dengan mematuhi Standard Kriteria dan Petunjuk; Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (SFM) serta memperoleh pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan ketujuh di Malaysia dan yang pertama di Selangor daripada Jawatankuasa Geopark Kebangsaan pada 4 Nov 2022 iaitu dikenali sebagai ‘Gombak-Hulu Langat Geopark (GHLGp),“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings