the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nama Fadillah Yusof sekali digunakan untuk akaun FB palsu

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun Facebook yang menggunakan gambar profil beliau dengan nama ‘Haji Fadillah Yusuf’ adalah palsu.

Menerusi hantaran ringkas di Facebook rasminya, beliau berkata ia merupakan akaun palsu yang direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Mohon abaikan mesej-mesej yang dihantar,” menurut hantaran yang dibuat di Facebook rasminya hari ini.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata aduan telah dibuat kepada pihak Facebook untuk tindakan lanjut berhubung akaun palsu tersebut.

Sementara itu tinjauan Bernama di Facebook ‘Haji Fadillah Yusuf’ mendapati akaun berkenaan mempunyai 379 kawan dengan ‘posting’ pertama di akaun berkenaan adalah pada 12 Nov lepas yang memuat naik poster ucapan Selamat Hari Deepavali.

Pada 20 Nov lepas, Fadillah mengesahkan terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profil beliau untuk mewujudkan WhatsApp, Telegram serta Facebook palsu.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings