the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga asing ditemukan maut dengan kesan tikaman

IPOH: Seorang lelaki warga asing ditemukan maut dengan kesan tikaman dan calar di anggota badan di tapak pembinaan Taman Menglembu, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang menemukan seorang lelaki dalam keadaan muka bercalar dan tidak sedarkan diri pada 1.23 pagi.

“Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati mangsa seorang lelaki warga asing lingkugan umur 20 hingga 30 tahun dijumpai terbaring dalam keadaan mulut berdarah.

“Sehingga kini identiti mangsa masih dalam semakan dan pengesahan daripada pihak majikan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata hasil pemeriksaan mendapati enam kesan tikaman serta kesan trauma oleh objek tumpul di bahagian kiri muka serta calar di bahagian badan mangsa dan hasil bedah siasat pagi tadi mendapati punca kematian disebabkan blunt trauma to the head iaitu hentakan benda keras di kepala.

Beliau berkata bertindak atas maklumat pihaknya menahan lapan lelaki serta seorang wanita warga asing berusia antara 21 hingga 41 tahun pada 5 pagi tadi dan direman tujuh hari hingga 24 Jun depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sehubungan itu, polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk tampil memberi keterangan kepada Pegawai Penyiasat Kes ASP Chua Sze Yuan di talian 012-6195312 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings