the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
31.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka di Kelantan, Terengganu hingga Isnin

KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini (27 Nov).

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan amaran di Kelantan itu membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Sementara di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang, menurut kenyataan itu.

METMalaysia turut meramalkan hujan berterusan tahap buruk bagi tempoh sama di Perak iaitu di Hulu Perak, Kelantan (Gua Musang) serta Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada pula dijangka di Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Perak membabitkan kawasan Kerian; Larut, Matang dan Selama; Kuala Kangsar; serta Manjung manakala Pahang di kawasan Jerantut dan Kuantan sehingga Isnin ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings