the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anggota tentera meninggal dunia akibat serangan jantung selepas sertai Larian Bomba

MELAKA: Seorang anggota tentera meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai Larian Bersama Bomba 2024 Malaysia MADANI di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, yang bertugas di Kem Rasah, Negeri Sembilan meninggal dunia kira-kira 12.15 tengah malam selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Melaka.

Beliau berkata anggota tentera itu dibawa ke hospital berkenaan kira-kira 10.26 malam tadi dan diberikan rawatan pernafasan selama 30 minit sebelum disahkan meninggal dunia.

“Anggota tentera itu menyertai larian berkenaan yang bermula kira-kira 6 petang semalam. Siasatan awal mendapati dia menghidap darah tinggi sejak setahun lepas dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gemas, Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang unsur perbuatan jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings