the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023 – Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.2 pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan perlahan inflasi pada 2023 itu adalah selari dengan penyusutan kebanyakan harga komoditi global, gangguan bekalan yang mereda, kawalan harga dan pemberian subsidi untuk barangan terpilih.

“Walaupun komoditi tenaga menunjukkan penyusutan pada 2023 (-29.9 peratus) berbanding 2022 (60.0 peratus), tahap harga komoditi ini masih lagi tinggi berbanding harga sebelum pandemik.

“Kenaikan kos bahan api dan kerbergantungan kepada gas asli cecair (LNG) yang diimport telah mendorong kerajaan untuk membuat pelarasan tarif elektrik di bawah pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) bagi pengguna di Semenanjung Malaysia untuk tempoh 1 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023,” katanya.

Mohd Uzir berkata inflasi bagi kumpulan utama pada 2023 menunjukkan peningkatan kecuali Komunikasi (-3.0 peratus) dengan peningkatan tertinggi dicatatkan oleh restoran dan hotel sebanyak 5.6 peratus.

Ini diikuti oleh kumpulan makanan dan minuman (4.8 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.4 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (2.3 peratus); kesihatan (2.2 peratus); pendidikan (1.9 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.7 peratus); perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (1.5 peratus); pengangkutan (1.1 peratus); minuman alkohol dan tembakau (0.6 peratus) dan pakaian dan kasut (0.3 peratus)

Beliau berkata kumpulan makanan dan minuman yang merupakan komponen terbesar dalam perbelanjaan isi rumah di Malaysia dengan sumbangan 29.5 peratus daripada wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) telah mula mereda kepada 4.8 peratus berbanding 5.8 peratus pada tahun sebelumnya.

Peningkatan perlahan bagi kumpulan ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh komponen makanan di rumah yang meningkat kepada 3.5 peratus berbanding 5.3 peratus yang dicatatkan pada 2022.

Sementara itu, makanan di luar rumah meningkat 6.7 peratus pada 2023 berbanding tahun 6.6 peratus pada 2022.

Mengulas mengenai inflasi di peringkat negeri, Mohd Uzir berkata kesemua negeri menunjukkan peningkatan inflasi yang perlahan di mana lima negeri melepasi paras inflasi nasional 2.5 peratus pada 2023.

Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya (3.4 peratus), diikuti Sarawak (3.1 peratus), Selangor (2.9 peratus), Perak (2.8 peratus) dan Pahang (2.6 peratus).

Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan inflasi terendah pada 1.6 peratus.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings