the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba Kelantan: Waspada, pindah segera ke PPS jika air naik

PASIR MAS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah di negeri itu supaya sentiasa berwaspada berikutan terdapat beberapa tempat telah dinaiki air banjir.

Pengarah JBPM Kelantan Jainal @ Zainal Madasin turut meminta penduduk terjejas berpindah segera ke pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya paras air terus meningkat bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Di Kelantan hujan berterusan menyebabkan ada kawasan dinaiki air sejak malam tadi, ini petunjuk kepada kami untuk bersiap sedia menghadapi banjir.

“Kami telah menggerakkan aset strategik di kawasan rendah di negeri ini bagi melaksanakan tugas-tugas menyelamat mangsa banjir,“ katanya kepada pemberita semasa melakukan tinjauan di Kampung Tersang, Rantau Panjang, di sini hari ini.

Zainal berkata beliau turut mengarahkan kesemua 22 balai di Kelantan melakukan rondaan setiap sejam bagi memantau paras air sungai utama di kawasan masing-masing.

“Di Kampung Tersang, kami mendapat maklumat air limpahan dari Sungai Golok mula memasuki perkampungan itu apabila hujan berterusan sejak malam tadi,“ katanya.

Setakat 5 petang, sebanyak 79 mangsa banjir sedang berlindung di tiga PPS masing-masing dua di jajahan Pasir Puteh dan satu di Bachok. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings