the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak selamatkan keluarga daripada kebakaran dapat pengiktirafan

JOHOR BAHRU: Kepantasan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun mengejutkan kesemua ahli keluarganya berjaya menyelamatkan mereka dalam insiden kebakaran rumah di Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh, Selangor pada 4 Sept lepas.

Susulan keberanian itu, Altamis Faiz Shahrullizam yang merupakan anak kedua daripada lima beradik, dianugerahkan Anugerah Pingat Hang Tuah bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan Tahun 2023 hari ini.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Desa Aman, Sungai Buloh itu berkata kejadian yang berlaku kira-kira 4 pagi ketika dia sedang tidur bersama adik lelakinya Aryan Adwa, 3, manakala ibu bapa serta tiga adik-beradiknya pula tidur di bilik berasingan itu, masih segar dalam ingatannya.

“Ketika saya tidur dengan adik, tiba-tiba saya terbau asap dan terus kejut ayah dan ibu serta adik-beradik lain untuk selamatkan diri.

“Saya masih terbayang (kejadian itu), kalau ingat semula memang takut tetapi saya beranikan diri,“ katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri di sini hari ini.

Altamis Faiz berkata keberanian yang dimilikinya itu dipengaruhi daripada seni bela diri silat yang dipelajari sejak berusia enam tahun, selain menyaksikan tindakan penyelamatan bomba dalam siri animasi tempatan Upin dan Ipin.

Ibunya, Fazreen Ismail, 39, berkata dia berbangga dengan keberanian anaknya itu yang bukan sahaja mengejutkan mereka, tetapi turut bertindak pantas mengambil kunci rumah.

“Selepas kami berjaya keluar dari rumah, Altamis Faiz turut mengejutkan jiran-jiran sebelah rumah, manakala suami dan anak sulung cuba padamkan api,“ kata kakitangan kerajaan itu.

Meskipun rumahnya terbakar sebanyak 70 peratus dalam kebakaran itu, dia bersyukur kerana kesemua ahli keluarganya terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Altamis Faiz menerima anugerah berkenaan dengan membawa pulang wang berjumlah RM5,000 yang disampaikan oleh Nancy.

Sementara itu, Anugerah Gemilang Kebudayaan dan Kesenian pula diberikan kepada Ahmad Mikhail Damsal Abdul Hakim, 14, Anugerah Gemilang Sukan disampaikan kepada Emelda Camalia Abd Razak, 13, dan Nurr Arissa Irdiani Azizi, 13 menerima Anugerah Gemilang OKU.

Hampir 400 kanak-kanak dari seluruh negara meraikan sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 itu yang bertemakan “Hak Kami Masa Depan Kami”. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings