the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan

KOTA KINABALU: Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini dengan kos dianggarkan RM150 juta, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 55 projek naik taraf kesihatan adalah di Sabah dengan kos RM21.5 juta, dan dijangka siap sebelum hujung tahun ini bagi memberikan kemudahan kesihatan lebih baik buat penduduk di negeri ini.

“Kita pastikan ia disiapkan secepat mungkin,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaria, Tibi dan Kusta Sedunia peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Asits Sanna.

Dalam pada itu, beliau berkata tiga lagi projek sakit di bawah kementeriannya di Sabah telah dikenal pasti iaitu pembinaan Klinik Kesihatan Sikuati di Kudat serta naik taraf Hospital Papar dan Jabatan Pesakit Luar, Hospital Tambunan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings