the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia, Vietnam tangani penangkapan ikan secara haram, bincang isu Laut China Selatan

SAN FRANCISCO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Vietnam Vo Van Thuong bersetuju meningkatkan kerjasama bagi menangani aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan Malaysia.

“(Malaysia) mendapatkan kerjasama dan komitmen yang berterusan dari Vietnam dalam usaha memerangi aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan Malaysia,” kata Anwar.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu Laut China Selatan dan bersetuju mematuhi sepenuhnya Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan serta menggesa diwujudkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan.

Perdana Menteri memaklumkan perkara itu selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Vo di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta Ahli Parlimen Sim Tze Tzin.

Beliau turut mengulangi jemputan kepada Presiden Vietnam untuk mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia pada 2024.

Anwar berkata mereka turut membincangkan kaedah untuk meningkatkan perdagangan dan kerjasama antara Malaysia dan Vietnam.

Hanoi adalah rakan dagangan ke-12 terbesar Malaysia di peringkat dunia serta yang keempat negara dalam blok Asean selepas Singapura, Indonesia dan Thailand.

Pada 2022, nilai dagangan dua hala terus meningkat sebanyak 16.4 peratus kepada US$19.44 bilion berbanding US$16.7 bilion pada 2021 dan dari segi pelaburan, Malaysia adalah pelabur ke-10 terbesar Vietnam selepas Singapura dan Thailand.

Vietnam juga meminta Malaysia memudahkan kemasukan produk halal dari negara itu dan menjalin kerjasama dalam pensijilan halal.

Anwar berkata Hanoi turut mengucapkan terima kasih kepada negara kerana telah melatih para pegawainya di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

“Vietnam menyarankan agar diadakan kerjasama bandar berkembar antara negara itu dengan Malaysia,” katanya.

Kedua-dua pemimpin mengesahkan kesatuan dalam Asean dan mengulangi sokongan terhadap Laos sebagai Pengerusi Asean pada 2024. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aberdeen Technical School “ATS Robot” Wins 1st Runner-Up at Robofest World Championship

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - The robotics team from Aberdeen Technical School (ATS), ATS Robot, has shone brightly on the academic innovation and technology stage in recent years.

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings