the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kementerian Kewangan akan selesaikan isu permohonan eMADANI ditolak

GEORGE TOWN: Kementerian Kewangan akan menyelesaikan isu permohonan bantuan kredit eMADANI yang ditolak, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

“Saya cuba dapatkan lebih banyak maklumat dan akan cuba tengok dan selesaikannya,“ katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra dan mengedarkan kalendar 2023 di Pasar Chowrasta di sini hari ini.

Lim berkata ramai individu yang sudah mendapat bantuan kredit eMADANi sebanyak RM100 sejak dilancarkan minggu lepas, namun terdapat juga permohonan yang ditolak walaupun individu berkenaan layak, justeru kerajaan akan melihat perkara itu dengan serius.

Mengulas mengenai pertikaian dalam media sosial susulan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Kewangan selepas rombakan Kabinet Selasa lepas, Lim yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata perkara itu tidak melemahkan semangat beliau untuk berkhidmat kerana rakyat juga bebas bersuara.

“Saya terima dengan hati terbuka apa sahaja komen kerana saya bukan sempurna … setiap orang ada kelemahan, kekurangan dan kelebihan.

“Saya hanya boleh berjanji akan bekerja sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik buat rakyat Malaysia dan Pulau Pinang,“ katanya yang menerima ucapan tahniah daripada Ketua Menteri Chow Kon Yeow sebaik sahaja pengumuman itu dibuat.

Lim sebelum ini menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings