the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi nafi minta platform X padam hantaran kecam beliau

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar), menafikan telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk mengarahkan platform X memadam hantaran berkaitan kecaman terhadap beliau, berhubung rombakan kabinet baru-baru ini.

Fahmi berkata beliau sendiri, serta pejabat dan kakitangannya, tidak pernah membuat laporan berhubung perkara itu, malah suruhanjaya itu bebas untuk membuat apa-apa tindakan tanpa perlu merujuk beliau.

“Saya hanya mahu jelaskan bahawa MCMC menerima laporan dari sesiapa sahaja, orang awam, saya belum berbincang dengan MCMC mengenai perkara tersebut, tetapi secara amnya MCMC tidak merujuk kepada saya sebelum mengambil tindakan, mereka bebas untuk ambil tindakan. Jadi kadang-kadang mungkin orang awam yang melaporkannya.

“Saya tidak terkesan dengan hantaran ini, saya tiada masalah dia nak cakap macam itu dan saya dan pejabat saya tiada membuat laporan kepada MCMC berhubung isu tersebut, jadi ada yang menuduh seolah-olah saya (buat laporan), saya sahkan saya tak tahu pun,” katanya mengulas laporan sebuah portal yang menyatakan kerajaan didakwa melapor kepada platform X, untuk meminta hantaran yang mengecam seorang menteri diturunkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Setem Khas Palestin Merdeka oleh Pos Malaysia.

Fahmi berkata ketika ini, kementeriannya lebih memfokuskan kepada isu yang lebih penting, antaranya berkaitan membanteras perjudian haram secara dalam talian, berita palsu serta isu kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Tegasnya, disebabkan itu, perkara berkenaan sama sekali tidak menjejaskan tumpuannya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata beliau akan turut mengadakan pertemuan dengan Google minggu hadapan untuk membincangkan isu berhubung kandungan lucah, yang boleh diakses menerusi laman penstriman Youtube, memandangkan beliau dapat banyak laporan berkaitan perkara tersebut. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings