the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis kenal pasti pemilik akaun media sosial berhubung kejadian simbah asid

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh berhubung kenyataannya mengenai kejadian simbah asid pemain skuad Harimau Malaya, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata individu berkenaan mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian yang menimpa Faisal.

“Kita menyiasat daripada semua sudut bagi menentukan motif yang jelas. Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan boleh tampil bukan mengeluarkan kenyataan sehingga menjejaskan siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, berhubung suspek yang direman semalam, beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

Razarudin turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

Terdahulu, seorang pemilik laman sosial Instagram mendakwa dia telah dipanggil polis bagi membantu siasatan kes membabitkan Faisal.

Dia mendakwa mempunyai maklumat dan diminta menutup mulut daripada mendedahkan kejadian sebenar yang menimpa pemain berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings