the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penolong pegawai tadbir JHEAT berdepan 24 pertuduhan salah guna kuasa

KUALA TERENGGANU: Seorang Penolong Pegawai Tadbir Kanan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 24 pertuduhan salah guna kuasa dengan mengesyorkan perolehan kerja-kerja membaiki kenderaan jabatan kepada syarikat milik isterinya, dua tahun lepas.

Ali Embong, 60, didakwa melakukan perbuatan itu dari Oktober hingga Disember 2022 di JHEAT di sini mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seskyen 24 Akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Dia didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan mengesyorkan borang permohonan servis/pembaikan/mendapatkan bekalan untuk kenderaan jabatan bagi perolehan penyelenggaraan berjumlah RM24,267.

Hakim Mohd Azhar Othman membenarkan Ali diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan mengarahkan tertuduh menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah serta tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan.

Mohd Azhar, yang memerintahkan Ali supaya melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan sehingga kes selesai, menetapkan 10 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Aznika Mohd Anas manakala Ali diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nur Ain Mohd Rani.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings