the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

TFC lanjutkan kontrak tiga bintang muda

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) menyambung kontrak tiga bintang mudanya bagi memperkuat jentera skuad itu musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC Sdn Bhd (TFCSB), Mohd Sabri Abas berkata kontrak Safwan Mazlan, Muhammad Syahmi Zamri dan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili, yang merupakan pemain kebangsaan bawah 23 tahun (U-23), disambung sehingga 2026.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka dipilih oleh ketua jurulatih Tomislav Steinbruckner untuk dikekalkan atas faktor kualiti dan prospek penting TFC dalam pelan mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

“Tiga pemain muda yang semakin bersinar di persada bola sepak negara ini juga memilih untuk terus kekal dengan TFC sehingga 2026.

“Ketua jurulatih skuad Penyu juga berpuas hati dengan prestasi pemain berkenaan yang dilihat berpotensi untuk menyarung jersi kebangsaan pada masa akan datang,“ katanya dalam hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi TFC hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Sabri berkata TFC melanjutkan kontrak Steinbruckner untuk musim depan berikutan prestasi baik dan keberaniannya mempertaruhkan bakat muda tempatan dalam perlawanan-perlawanan penting pasukan.

Beliau berkata walaupun skuad Penyu gagal membawa pulang Piala Malaysia musim ini, pengendali kelahiran Croatia itu tetap berjaya membawa TFC ke pentas akhir dan memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan kelab pada awal musim.

“Selain itu pencapaian Tommy (Steinbruckner) di peringkat Piala Konfederasi Asia (AFC) juga tidak begitu mengecewakan.

“Setakat ini TFC berada di tangga kedua Kumpulan G dengan berbaki satu lagi perlawanan malam ini selain mengekalkan rekod tanpa kalah peringkat kumpulan,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings