the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MPOB terus tingkat R&D untuk kembang produk sawit ke pasaran China dan negara Islam – Fadillah

SHANGHAI: Malaysia menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneruskan penyelidikan dan pembangunannya (R&D) untuk mengembangkan lagi produk nilai tambah berasaskan minyak sawit bagi pasaran China dan juga untuk dieksport ke negara-negara Islam lain.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof berkata setakat ini terdapat beberapa produk yang sedang dikomersialkan di China hasil daripada usaha Institut Penyelidikan dan Perkhidmatan Teknikal Sawit MPOB (PORTSIM).

“Setakat ini, kita amat berpuas hati dengan apa yang telah dihasilkan dan seterusnya kita perlu lihat bagaimana kita boleh perluaskan lagi penghasilan produk yang dapat di hasilkan dari PORTSIM yang sesuai dengan cita rasa dan kesesuaian pasaran di negara China.

“PORTSIM telah berjaya memberikan solusi dan membantu pihak industri menggantikan kaedah pengeluaran mereka dengan menggunakan minyak sawit,“ katanya kepada media selepas lawatan beliau ke PORTSIM, di sini, hari ini.

Fadillah berkata, sebelum ini syarikat di negara tersebut menggunakan bahan lain bagi penghasilan produk mereka tetapi kini bagi memenuhi permintaan pasaran yang lebih besar mereka menggantikannya dengan menggunakan minyak sawit yang diiktiraf halal dan sesuai untuk menembusi pasaran dunia Islam.

Seterusnya, katanya, institut penyelidikan itu juga sedang meneliti produk kesihatan berasaskan tanaman serba boleh, tokotrienol.

“Kita juga akan berjumpa dengan menteri pertanian di sini untuk pengiktirafan dari segi standard pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) kita dengan produk pertanian mereka,“ katanya.

PORTSIM yang ditubuhkan pada 2005 ialah cawangan MPOB di China dan bertujuan untuk membangun, mengembangkan dan memajukan pasaran minyak sawit Malaysia di China serta menyediakan sokongan teknikal dan khidmat nasihat untuk perusahaan berkaitan.

Fadillah sedang dalam rangka lawatan sulung rasminya ke China dari 12-19 Nov untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta pembinaan kapasiti dalam bidang komoditi, terutamanya dalam mempromosikan pensijilan MSPO di peringkat global.

Nilai eksport produk berasaskan sawit ke China pada 2022 ialah sebanyak RM16.41 bilion manakala nilai eksport minyak sawit Malaysia ke negara itu pada tahun yang sama ialah RM8.44 bilion.

Sementara itu, Pengurus Besar PORTSIM Yoong Jun Hao berkata institut penyelidikan itu telah menerima akreditasi China daripada China National Accreditation Services (CNAS) dan China Inspection Body and Laboratory Mandatory Approval (CMA).

“Ini adalah satu pengiktirafan kepada makmal kami bahawa kami juga memenuhi semua keperluan di China mengikut standard dan kualiti mereka.

“Selain itu, kami juga berada di sini untuk membantu memberi perkhidmatan kepada industri dengan mengembangkan pasaran mereka ke dalam segmen nilai tambah yang lebih tinggi di China dengan menjual lebih banyak produk hiliran daripada produk minyak sawit Malaysia melalui aktiviti R&D serta pengkomersilan kami.

“Menerusi ini, kami boleh membantu industri kita beralih ke segmen hiliran untuk menghasilkan lebih banyak produk nilai tambah, dan ini akan membantu mendapatkan pelanggan setia di China serta pada masa yang sama membantu negara kita mengembangkan lagi pasaran minyak sawit kita” katanya.

Yoong berkata setiap tahun, PORTSIM akan mencipta tiga hingga lapan produk baharu dan daging vegan (daging bagi orang yang makan sayur dan buah-buahan sahaja) adalah antara produk baharu pada tahun ini.

“Ia adalah produk akan datang kami yang menggunakan 100 peratus daging berasaskan minyak sawit dan ia mempunyai kesan kebaharuan dan corak yang sama seperti daging sebenar.

“Kami mengunjurkan pasaran vegan akan berkembang, terutamanya di China dan Eropah, oleh itu, produk ini mempunyai potensi yang amat besar,” katanya.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

SIM Highlights the Importance of Strong Personal Statements in University Applications

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - In today's competitive education landscape, students are increasingly expected to do more than simply meet academic admission requirements.

Deluxe Systems Crowned “Best Showroom in Singapore” at Tatler Awards: A New Era of...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire – 22 June 2026 - Rewriting the rules of luxury retail in Southeast Asia, Deluxe Systems has triumphed at the prestigious Tatler Homes Design Awards 2026, winning the highly coveted title of "Best Showroom in Singapore" just six months after its official opening.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings