the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lepasan SPM kurang mampu perlu rebut peluang lanjut pelajaran dalam bidang kejururawatan

KUCHING: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kurang berkemampuan, khususnya penghuni Anjung Sinar Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di seluruh negara perlu merebut peluang untuk melanjutkan pelajaran secara percuma dalam bidang kejururawatan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata penglibatan mereka dalam industri itu mampu memperkukuh keperluan perkhidmatan sektor penjagaan kesihatan Malaysia yang bakal mendepani negara menua.

“Untuk anak-anak di Anjung Sinar, mereka tidak ada tempat tinggal… selepas Tingkatan Lima, mereka tidak ada pekerjaan jadi kita di YKN akan bantu buat padanan kerja dan kembali kepada program seperti ini.

“Program seperti ini yang ditaja sepenuhnya adalah penyelamat mereka, tidak kira bagi mereka yang tinggal di kampung atau menginap di Anjung Sinar, ini peluang yang sangat baik,” katanya pada sidang media mengenai Kolej i-System Sarawak di sini hari ini.

Beliau berkata inisiatif pendidikan percuma program Diploma Kejururawatan seperti yang ditawarkan di Kolej i-System mendapat tajaan beberapa hospital swasta di Malaysia.

Nancy berkata sejumlah 385 jururawat disasar dilahirkan menerusi program itu dan tajaan melibatkan kemudahan tempat tinggal serta elaun bulanan berdasarkan lokasi hospital terbabit bagi latihan industri.

Beliau berkata program itu turut menjamin peluang pekerjaan untuk graduan sejurus tamat pengajian di peringkat Diploma.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings